Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan
Semakan BR1M 2017. Berita baik buat rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017. Kini anda boleh membuat permohonan BR1M 2017 secara online dan keputusan permohonan juga boleh disemak melalui online.
Selain itu, bagi yang tidak berjaya menerima BR1M 2017 mereka juga boleh membuat rayuan permohonan BR1M 2017.
Semak Keputusan Status Permohonan BR1M 2017
- Semak status permohonan BR1M 2017 anda DISINI dengan memasukkan nombor MyKad 12 digit anda.
Status Permohonan
Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
- Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BR1M 2017 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan
- Dalam Proses : Permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. Kelulusan permohonan hanya akan diketahui bermula pada awal Mac 2017
- Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2017 keranapemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumatpermohonan dengan menggunakan Borang Rayuan/ Kemas Kini BR1M 2017(BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2017 bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017. Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan BR1M2017 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK
- Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
- Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.
- Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit).Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2017 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar mulai 20 Mac 2017.
Semakan Melalui Telefon
Semakan BR1M 2017 juga boleh dibuat melalui talian telefon.
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Semakan Melalui e-Mail
Selain itu semakan BR1M 2017 juga boleh dibuat melalui email.
- Hantar email anda ke alamat [email protected] mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
Borang Rayuan BR1M
Melalui sumber laman web e-BR1M, Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.
Maklumat berkaitan permohonan rayuan BR1M 2017 yang lain akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia Online
Pemohon sedia ada yang pernah menerima BR1M wajib membuat kemaskini maklumat peribadi BR1M 2016 di link di bawah.
3 Kategori Penerima BR1M 2017
Secara umumnya terdapat 3 kategori penerima BR1M 2017 iaitu:
- Kategori Isi Rumah (1) / E-Kasih – Pendapatan bulanan 3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
- Kategori Isi Rumah (2) – Pendapatan bulanan 3,001 hingga 4,000 (termasuk warga emas)
- Kategori Individu Bujang 21 Tahun Ke Atas
Cara Pembayaran BR1M 2017
Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Pertanyaan @ Soalan
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2017 anda boleh menghubungi:
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Email kepada [email protected]
Semoga segala maklumat yang diberikan diatas ini berguna untuk semua rakyat Malaysia.
Tarikh Duit Brim 2017 Dapat dan Masuk Akaun Penerima
Semakan BR1M 2017. Semak tarikh duit BR1M 2017 masuk akaun KLIK SINI
NORAH
Salam, maaf mencelah ya. Nombor saja yg di pamerkan terus kalau call pun langsung tak berangkat! Bukan kata call pasal BRIM je,
Buat panggilan mengenai hal lain pun NO PICKUP.
#OPERATORLAINPUNSEBOKSETENGAHMATIJUGA, ADAJEBOLEHYANGPICKUP
#LAIN LER DLM PEJABAT TU PERKERJA NYA SORANG DIA JE.😒😏